UMNO Rasuah Tak Habis-Habis Sampai Mampos

Felda Hulu Selangor pula dapat perumahan RM32 juta

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah lagi Projek Perumahan Warga Felda untuk Gugusan Sg. Dusun di daerah Hulu Selangor.

"Kerajaan sedar tentang keperluan dan permintaan generasi baru yang tinggal di dalam rancangan yang memerlukan rumah kediaman,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Kubu Baru hari ini.

Sebelum itu, Najib yang mempunyai jadual padat di Hulu Selangor hari ini telah merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua Felda di Felda Soeharto yang merupakan sebahagian daripada Gugusan Felda Sungai Dusun.

Dalam kenyataan itu, Najib berkata, projek yang akan dilaksanakan itu terletak di kawasan Felda Soeharto di kawasan seluas 14 hektar yang melibatkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah dan menelan belanja kira-kira RM32 juta.

Najib berkata, rumah yang akan dibina ini adalah berkonsep mampu milik terdiri daripada rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang mempunyai tiga bilik.

Harga setiap unit ditetapkan RM42,000 bagi rumah kos rendah dan RM75,000 bagi rumah kos sederhana rendah.....
(sumber: Bernama)

UMNO sudah mula menggunakan jentera-jentera kerajaan untuk merasuah penduduk di Hulu Selangor terutama penduduk felda, mereka sedar duit yang digunakan adalah duit rakyat bukan duit mereka tapi hati mereka sudah menjadi busuk dan bangsat, orang UMNO sudah jadi manusia yang tiada maruah nilai mereka sudah menjadi seumpama anjing kurap yang akan ditembak oleh penguatkuasa MDHS. Mereka masih lagi menggunakan taktik lama yang sudah lupus iaitu RASUAH, RASUAH, RASUAH hingga mengangap orang-orang felda ni seperti sampah. Bangunlah rakyat felda semua sudah-sudahlah diperbodohkan oleh UMNO.

2 comments:

Mohd Idzaney Zakaria said...

rasuah itu sudah sebati buat mereka...AMENO

bang usin said...

fakap la umno

32 juta utk buat rumah?
sapa yg akan gain dari 32 juta ni...rakyat ? atau kroni?

for sure..rakyat akan kena beli rumah tu...yg kualitinya mcm rumah2 ppr dok ada..retak sana sini..jual pada rakyat rm 40k sebijik...

yang untung..? kroni...
yang rugi.....? biasalah...rakyat leee....

Fakap la umno

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright @ 2008 Anak Sabak Melawan: UMNO Rasuah Tak Habis-Habis Sampai Mampos | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top