
Smlm keputusan 'mengejutkan' dari mahkamah tinggi KL yang memutuskan bahawa Nizar adalah MB Perak yang sah...sedangkan Zambry yang naik takhta sejak 13 Feb 2009 merupakan MB haram, dan tak sah...
keputusan mahkamah semalam sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru..ini kerana mahkamah terikat kepada prinsip'binding precedent' yang mengikat keputusan mestilah selaras dengan keputusan2 yang lepas...kes nizar vs zambry = kes joseph kallang
apa makna keputusan mahkamah tinggi semalam..??
mahkamah tinggi semalam juga mengarahkan supaya MB haram zambry dan barisan exconya seramai 6 orang supaya mengosongkan pejabat SUK di bangunan perak darul ridzuan dengan kadar segera...ini bermakna sejak dilantik 13 February melalui rampasan ala kudeta, sehingga lah kepada keputusan terakhir yang dibuat mereka, termasuk yang diluluskan mesyuarat exco...semuanya merupakan keputusan yang tak sah, tak valid, dan hanya merupakan keputusan membabi buta tanpa disahkan di sudut peruntukan undang-undang...dah memang resam umno Bn untuk melanggar undang2 demi kepentingan politik mereka...kalau tak takkan lah kes rasuah pemimpin umno boleh diselesaikan oleh lembaga disiplin yang bertindak melebihi kuasa mahkamah..!!??
Adakah peluang BN nak buat undi tak percaya lepas ni..??
7 may 2009 merupakan hari hitam (black malaysia) pada demokrasi di Malaysia...pada hari itu, diperlihatkan runtuhnya sistem demokrasi bilamana umno melantik seorang speaker baru melalui usul dan diluluskan oleh ahli2 DUN umno/BN sesama sendiri...satu perkara yang tak pernah berlaku dalam mana2 negara...tindakan melantik speaker baru R.Ganesan menggantikan V.Sivakumar merupakan satu tundakan gila yang pernah dibuat Umno BN dalam senario politik malaysia...usul perlantikan dibuat oleh MB haram dan dipersetujui oleh ahli2 dewan, tetapi usul tersebut telah tidak diluluskan oleh speaker yang sah...makanya perlantikan tersebut sebenarnya merupakan tindakan haram dan keputusan menangguhkan sidang dewan pada 7 May oleh speaker haram itu sebenarnya tidak sah...
menurut pakar undang2 dan perlembagaan Prof Dr Aziz Bari, sidang Dun 7 MAy tidak sah dan tidak ujud...kerana ia dijalankan secara tidak sah dan ditangguhkan oleh seorang speaker yang tak sah...jadinya, sidang 7 may walaupun persidangan itu sah, tetapi perjalanan dan penangguhan sidang itu tidak sah...makanya, menurut Aziz Bari, ia seolah2 tidak ada persidangan dibuat pada hari itu....
peristiwa perlantikan speaker baru yang haram merupakan peristiwa kelakar yang pernah berlaku di sesebuah negara demokrasi...dengan adanya speaker haram Dun Perak, umno Bn sekarang sedang berkira2 untuk menjatuhkan Nizar melalui proses undi tak percaya di DUN...maknanya, ia akan dibuat secara legal melalui proses yang diperuntukan mengikut perlembagaan...kerana menurut perlembagaan perak 16(2)-16(3)..seseorang MB hanya boleh dijatuhkan melalui 3 cara, iaitu undi tak percaya didalam DUN, beliau meletakkan jawatan bersama barisan exconya dan DUN dibubarkan...
nah, sekarang ini umno BN sedang berkira2 untuk menjatuhkan MB sah (Nizar) mengikut prosedur yang sah (iaitu undi tak percaya dalam persidangan DUN)..sebab hari ni umno/BN di perak percaya bahawa mereka memiliki kelebihan majoriti sokongan 3 bekas Adun PR yang jadi Bebas...disamping speaker baru yang dilantik melalui proses haram...melalui satu panggilan persidangan DUN, mereka berupaya menjatuhkan MB Nizar dengan usul undi tak percaya...tapi apakah itu akan berlaku..???
umno nak gunakan pentas dan cara sah untuk menjatuhkan nizar...sedangkan bilamana mereka melantik speaker baru, mereka tak gunakan cara yang sah, malah melantik speaker dengan cara haram...mencemar DUN dengan membenarkan beratus polis masuk dan mengangkat keluar speaker yang sah, merupaka tindakan haram....
jadi apa rasionalnya untuk umno/BN gunakan cara sah untuk usulkan undi tak percaya...??? perlu diingat, mereka tidak ada majoriti yang cukup kerana 6 orang Adun BN termasuk zambry dan 3 Adun Katak Lompat telah digantung oleh jawatankuasa hak dan kebebasan...oleh yang demikian, dengan sekembalinya Nizar sebagai MB perak yang sah, pengantungan yang dilakukan oleh speaker sivakumar akan di kuatkuuasakan...dan, perlantikan R.Ganesan sebagai speaker baru akan dilucutkan...
hari ini, 12 May 2009, jam 8.30a.m tadi , DS Nizar telah diperkenankan untuk masuk menghadap bertemu Raja Muda Perak bagi mempersembahkan keputusan mahkamah semalam, disamping, memohon perkenan pembubaran DUN perak yang diluluskan usulnya sewaktu persidangan DUN dibawah pokok...
apa yang kita harapkan..?? sememangnya majoriti rakyat mengharapkan DUN dibubarkan bagi membolehkan pilihanraya neegri diadakan secepat mungkin...ini bertujuan untuk mengembalikan proses demokrasi dan mengembalikan hak rakyat memilih pemimpin mereka...siapa pun yang bakal menang, mereka berhak memerintah kerana itulah pilihan rakyat...seperti apa yang DS Nizar pernah katakan, keputusan membubarkan DUN adalh bagi menghormati demokrasi disamping mengangkat martabat institusi istana....siapa pun yang menang, mereka berhak memerintah, tetapi ia hendaklah diputuskan melalui pilihanraya yang merupakan mahkamah rakyat...
kita mengharapkan DUN perak dibubarkan segera bagi menamatkan segala kekecohan ekoran krisis perlembagaan perak...PR bukan gila kuasa...apa yang PR mahukan ialah kuasa memilih dikembalikan kepada rakyat...terlalu banyak kerosakan dan kehancuran sistem telah dilakukan, nah, sekaranglah masanya untuk hak rakyat dikembalikan melalui satu proses pilihanraya negeri yang baru...ingat..!! Suara Rakyat, Suara Keramat..!!!
Disediakan Oleh Penulis Tamu: Sdr. Shukry Marhaen
0 comments:
Post a Comment