Krisis Perak" Analisis: Pembubaran DUN Perak satu kemestian


1- Negeri mengalami krisis perlembagaan yang tiada kesudahan.Menurut pakar perlembagaan Prof Dr Aziz Bari, Pembubaran DUN Perak merupakan jalan penyelesaian terbaik dalam menangani krisis perlembagaan yang berlaku.

2- Persidangan semalam 7/05/09 menjadi kalut bilamana wakil kerajaan melalui menteri besar zambri mengusulkan untuk "memecat" Tuan speaker. Sedangkan jelas tertulis didalam perlembagaan negeri Perak 16(6) perihal kuasa speaker dan jawatankuasa tetap DUN bahawa Tuan Speaker merupakan ketua DUN dimana beliau tidak boleh dipecat, dicabar, disaman, dipertikai dimana-mana mahkamah atas apa-apa keputusan,tindakan yang dibuat didalam DUN. oleh itu, keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung 6 orang ADUN BN adalah sah dan tidak boleh dicabar.


3. Prinsip pemisahan kuasa yang diamalkan dalam sesebuah negara demokrasi yang memperuntukan kuasa Legislative, Exsecutive dan Judiciary mempunyai bidang kuasa terpisah dan tidak boleh dioverrule oleh badan yang lain perlu di pertahankan. Dalam kes perak jelas prinsip ini telah dicabuli bilamana Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha DUN membuat keputusan dan bertindak umpama seorang speaker, sedangkan beliau tidak boleh berbuat demikian menurut peruntukan undang2 dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang2 Tubuh Negeri Perak itu sendiri.

4- Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membenarkan 2 dari 10 permohonan Zambri berkenaan penggantungan 6 ADUN BN sebenarnya melanggari Fasal 16( 6) Undang2 Tubuh Negeri Perak dan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan sebarang Keputusan yang dibuat oleh Speaker dan Jawatankuasa khas yang ditubuhkan adalah TIDAK BOLEH DICABAR dimana2 mahkamah dalam persekutuan Tanah Melayu.

5- Keputusan ADUN2 BN melantik Speaker baru Ganesan disaat speaker V.Sivakumar merupakan speaker yang sah adalah satu perkara diluar tabiie yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana negara komanwel. Ia jelas sekali melanggar prinsip,ketetapan undang2, perlembagaan negeri & negara dan mencemar institusi Raja Berperlembagaan itu sendiri.

6- Tindakan beberapa orang berpakaian kemas yang menceroboh dewan mengheret,menangkap, speaker yang sah dan mengurung beliau dalam bilik stor selama lebih sejam bukan saja melanggar undang-undang, tapi merupakan satu tindakan kurang ajar yang tak pernah berlaku dalam mana-mana negara bertamadun..!!

7- Tindakan S/U Negeri dan S/U dewan memanggil persidangan DUN tanpa merujuk pada speaker jelas melanggar Perlembagaan. Akan tetapi hakikat bahawa campurtangan pihak atasan yang memberi consent dan lesen menyebabkan S/U DUN yang menjadi talibarut Umno/BN berani melanggar undang2. Sedangkan sidang bawah pokok yang dipanggil melalui pejabat speaker DUN yang sepatutnya tidak dikacau kerana ia merupakan persidangan yang sah telah digagalkan oleh juak2 umno yang diketuai oleh polis dan samseng pekida.

Oleh yang demikian, pembubaran DUN merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan pertikaian dan krisis perlembagaan yang meruncing itu. Pembubaran DUN bukan saja memberikan satu fresh election kepada rakyat untuk memilih pemimpin pilihan mereka, tetapi ia juga bakal mengangkat institusi demokrasi dan Raja itu sendiri di mata rakyat.

Disediakan Oleh Penulis Tamu: Sdr. Shukry Marhaen

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright @ 2008 Anak Sabak Melawan: Krisis Perak" Analisis: Pembubaran DUN Perak satu kemestian | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top