Liwat II: Saiful dicadang jumpa Al-Qaradhawi


Ahli parlimen bebas Datuk Ibrahim Ali mencadangkan Mohd Saiful Bukhari yang mendakwa dirinya diliwat oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya bertemu dengan ulama tersohor, Yusuf al-Qaradhawi untuk menjelaskan kes sebenar.

Katanya, perjumpaan itu perlu memandangkan pembangkang telah bertindak mengedarkan rakaman yang mengadungi fatwa terhadap pertuduhan liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang itu.

"Ini dibuat untuk mencipta pandangan di kalangan rakyat, satu persepsi bahawa ketua pembangkang dizalimi, kononnya ini satu konspirasi kedua oleh kerajaan.

Katanya lagi beliau akan menyerahkan kandungan ucapan Yusuf al-Qaradhawi yang disalahtafsir dan diedarkan ke masjid-masjid di seluruh negara.

“Saya nak minta kementerian dalam negeri supaya menyiasat. Jika ini berterusan, sistem perundangan negara kita akan jadi bahan lawak (mockery).

"Biar Saiful angkat sumpah depan Yusuf al-Qardhawi dan jelaskan perkara sebenar," katanya ketika membahaskan usul junjung kasih ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

(sumber: malaysiakini.com)

Kalau Si Sayfool nak rase pelempang Yusof Qardawi pergilah ikut cadangan Ibrahim Katak tu.... kalu tak sewel kena lempang aku tak taulaa...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright @ 2008 Anak Sabak Melawan: Liwat II: Saiful dicadang jumpa Al-Qaradhawi | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top