1Malaysia Lu Pikir La Sendiri

Fakta Kerajaan umno/BN dan Kerajaan Pakatan Rakyat.

1- Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.

2- Bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman adalah penasihat utama Najib.

3- Slogan 1 Malaysia adalah ikutan slogan Satu Israel yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak setelah mendapat nasihat yang sama daripada APCO.

4- Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor memperuntukkan kira-kira dua juta ringgit bantuan rawatan untuk pengidap katarak, rawatan dialisis dan pembedahan kecil dalam usaha meringankan beban warga Selangor.

5- Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Dr Xavier Jayakumar juga mengumumkan skim bantuan RM2000 ringgit setahun bagi pesakit kencing manis dan buah pinggang.

6- Bacaan kedua pembentangan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak diteruskan oleh kerajaan umno/BN kerana bimbang kalah dalam pilihan raya negeri Sarawak dan PRU-13. Walau bagaimanapun ramai penganalisis politik meramalkan jika umno/BN menang dalam PRU-13, pasti GST akan dilaksanakan oleh kerajaan umno/BN.

7- Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan untuk mengirim RM100 di bawah Program Penghargaan Warga Emas ke alamat penerimanya. Ini adalah untuk memudahkan pengagihan wang tersebut agar warga emas tidak perlu bersusah-payah untuk berkunjung ke pusat khidmat ADUN untuk mendapat sumbangan wang sebanyak RM100. Sumbangan tersebut akan dikirimkan selepas pelancaran Program Penghargaan Warga Emas yang akan diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 21.3.2010.

(sumber:http://kerajaanrakyat.blogspot.com/)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright @ 2008 Anak Sabak Melawan: 1Malaysia Lu Pikir La Sendiri | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top