Zambry Kadir Buang Tabiat, Sanggup Menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak !!


Apa sudah jadi dengan MB Mahkamah Perak si Zambry Kadir ini agaknya?. Apakah beliau terlalu taksub dan takut dengan suara rakyat, tiba-tiba mengadakan rumah terbuka di rumahnya. Kita tidak hairan jika rumah terbuka itu diadakan sempena Hari Raya Aidil Fitri atau Aidil Adha, tetapi Zambry rupanya mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman rasminya. Jarang kita dengan seorang pemimpin Islam mengadakan rumah terbuka untuk perayaan selain hari raya. Apa yang selalu kita lihat ialah pemimpin agama lain mengadakan majlis tersebut dan pemimpin Islam datang menziarah bagi mengeratkan sillaturrahim.

Namun begitu ia berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Zambry kali ini. Beliau sendiri mengadakan rumah terbuka di kediaman rasmi Menteri Besar Perak. Apakah wajar ia dilakukan agaknya?. Atau mungkin juga Zambry Kadir sudah "gila meroyan" maka tergamak mengadakan perayaan bukan Islam di rumahnya. Kita tidak merasa janggal jika mereka mengadakan perayaan di mana-mana lokasi seperti yang dilakukan oleh kerajaan pusat sebelum ini. Atas nama semangat muhibbah dan setiakawan, maka perayaan diadakan untuk agama lain yang dihadiri oleh pemimpin Islam itu sendiri. Namun, apa yang dilakukan oleh Zambry adalah diluar batasan sebenarnya. Beliau pula mengadakan perayaan seolah-olah dia duduk dalam agama itu. Menurut laporan media hari ini.
(sumber:http://pahangdaily.blogspot.com/)

Kita nak tgk mufti umno sekor cakap aper kalu tang PR menyalak bagai tak ingat....tapi orang mcm nie aku rasa2 mesti die bagi fatwa WAJIB kerana ini adalah program 1Malaysia so kalu orang umno yang buat takpe WAJIB ikut kali tak nanti kena ISA.

3 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

macam2 la pula..
haisshh..~

Usy@M^^ said...

biarlah dia jnji dia x kacau org n kutuk2 org..

faizalnizam said...

tp perayaan tahun baru cina bukan perayaan agama saudara.. tahun baru cina adalah perayaan bangsa.. bangsa cina.. cina bukan agama.. kerana ada orang cina beragama Islam..

harap saudara jgn keliru dengan hakikat itu.

sebaliknye membatal perarakan maulidur rasul itu lebih bahaya..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright @ 2008 Anak Sabak Melawan: Zambry Kadir Buang Tabiat, Sanggup Menganjurkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak !! | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top