Sejarah Kita….

Sejarah Negara mesia ni agak panjang…bermula lebih kurang 600 tahun dulu di melaka…itupun kalau kita kira dari kedatangan orang2 seberang putera palembang membuka dan menjajah melaka…pada waktu tu, melaka belum islam lagi…

Bila melaka agak popular sebagai pusat dagangan serantau kerana keadaan dan lokasinya yang strategik, maka dalam masa yang sama terdapat juga ancaman dari musuh2 tradisi melaka…iaitulah siam, dan majapahit di jawa…

Dan kuasa besar dunia pada waktu itu ialah kerajaan Islam Uthmaniyyah…yang mempunyai jaringan perdagangan luas dan juga jaringan ketenteraan digeruni…juga kerajaan khalifah islam ini menjalinkan hubungan diplomatic dengan pelbagai tamaddun…antaranya ialah Negara China yang ketika itu di perintah oleh Maharaja Yung-Lo dari Dinasti Ching…

Dan tercatat juga banyaknya negara2 termasuk siam yang menghantar ufti kepada china…sebagai tanda diplomasi…melaka juga begitu…ufti dihantar untuk mengurangkan ancaman siam dan majapahit….

Tahun 1409, parameswara menganut islam, dan kerajaan kesultanan islam melaka pun bermula…hasilnya, kemudiaanya paraeswara mengahwini puteri maharaja china dan mengikut belayar bersama Laksamana Hussein Zheng Hee, ataupun Cheng Ho, seorang laksamana china dan pelaut agung yang merupakan seorang muslim…

Ketika zaman kegemilangannya,melaka memperkenalkan pelbagai undang2, antara yang popular ialah kanun jenayah melaka dan kanun laut melaka…dimana pelaksanaan undang2 itu berdasarkan peruntukan2 yang terkandung di dalam al-quran dan mengguna pakai corak perlaksanaan syarak…dan ketika itulah berlakunya pemindahan teknologi dan ilmu ke rantau ini..kedatangan begitu ramai pendakwah,pedagang dan para ilmuan ke rantau ini menunjukkan perkembangan ilmu dan teknologi ketika itu dipengaruhi dengan berkembangnya islam itu sendiri…

Islam gemilang di Melaka sehinggalah kedatangan portugis, kemudiannya belanda, British, Jepun dan yang terakhir ialah Umno…

Penjajahan2 ini merosakkan minda, menghancurkan budaya, system pemikiran bila kesemua aset2 insaniyah ini dijajah dan diporak perandakan oleh penjajahnya….sewaktu zaman kegemilangan melaka, ia telah ditransformasi dari sebuah kerajaan yang melayu based, menjadi sebuah kerajaan yang multi racial…ini dapat dilihat dari sudut begitu ramai pedagang2 yang datang dan bermastautin terus di melaka…ada antara pendatang2 bukan berketurunan melayu itu yang memegang jawatan2 tinggi dalam kerajaan…dan kesemua rakyat jelata taat dan amat menyanjung tinggi pemerintahnya...ini disebabkan Islam dijadikan sebagai pegangan dan dasar utama yang membawa kepada penyatuan tersebut..,.

Sehinggalah era pasca penjajahan, dimana penerusan system pecah dan perintah oleh penjajah sekian lama mengakibatkan rosaknya minda, dan pemikiran rakyat, terutamanya orang2 melayu….

Penerusan system pemerintahan yang berteraskan penjajah merupakan sebab utama kemerosotan nilai ,corak berfikir orang tempatan…melayu dipinggirkan di kampung2, atas alasan menjaga tanah2…raja2 melayu di pilih oleh penjajah dan mereka yang tunduk kepada mereka saja yang diberikan sokongan oleh gebenor2 dan kerajana inggeris…pemimpin2 melayu berhaluan kiri ditangkap, disiksa, dibunuh dan dibuang negeri…hanya pemimpin2 yang bersedia membawa agenda penjajah saja diserapkan dan dipopularkan supaya rakyat mengikut dan tunduk kepada mereka….pemimpin2 ini dilatih dan dipilih melalui system pendidikan inggeris sejak 1880an lagi…

Bila Negara diberi kemerdekaan, penjajahan ini berterusan…kerajaan perikatan (umno-mca-mic) ketika itu meneruskan dasar2 penjajahan…penerusan system ini mengakibatkan tekanan kepada beban ekonomi di kampung2…kerajaan perikatan memerintah dari tahun 1951 – 1965 dengan mengaplikasi setiap lekuk yang ditinggalkan inggeris…tahun2 akhir 50an sehingga 60an memperlihatkan kebangkitan semula gerakan2 rakyat yang mula popular kembali…sejarah “Hari Hartal” di refreshkan, parti2 politik yang berteraskan gerakan rakyat mula popular ditambah pula dengan peristiwa keluarnya singapura dari Malaysia pada 1965, yang memperlihatkan kegagalan kerajaan dalam menangani isu2 nasional ketika itu…tuntutan demi tuntutan berlaku dari persatuan2 melayu, parti2 politik melayu, ngo2 melayu ketika itu yang menuntut reformasi pemerintahan dan penggubahan system ekonomi yang lebih adil…

Hasilnya pada tahun 1966 diadakan Kongress Ekonomi Bumiputra pertama didikuti Kongress Ekonomi Bumiputra Ke dua setahun berikutnya…tekanan terus diberikan kepada kerajaan oleh congress ini yang dianggotai oleh, parti Pas, Parti Buruh, Parti Rakyat, Persatuan2 Melayu, Ngo2 Melayu, termasuk juga aktivis2 dari umno….antara tuntutan Kongress ialah pemberian biasiswa kepada pelajar miskin diberikan semula, pembukaan tanah2 kerajaan untuk tujuan komersil dan pertanian dilakukan, ditubuhkan sebuah bank islam, pengagihan ekonomi yang lebih adil mengambil kira kesenjangan yang meruncing, program2 menambah baik pendapatan di kampung2, dan banyak lagi….

Malangnya, kerajaan umno-perikatan ketika itu hanya memekakkan telinga,memejamkan mata…merasakan mereka sudah kuat dan apa yang mereka lakukan itu betul, maka tiada satupun tuntutan congress di pedulikan…

Kesannya…menjelang pilihanraya 1969 ….dalam setiap rapat umum parti2 pembangkang..ribuan rakyat hadir bagi memberi sokongan…umno-perikatan amat gusar dengan perkembangan ini,…ketakutan umno menjadi kenyataan, apabila pilihanraya 1969 menyaksikan tumbangnya umno bila mereka kalah di kelantan, kedah, di pulau pinang, di perak, dan selangor…hahaha..negeri yang sama juga!!!

Yang menariknya ,Undi melayu kepada pembangkang lebih tinggi berbanding undi bukan melayu….!!! Dan lagi satu fakta menarik, DAP pada waktu itu hanyalah sebuah parti baru yang hanya berusia 4 tahun..!!! parti2 pembangkang yang menang besar ialah PAS, Gerakan, DAP, Parti Buruh, dan PPP…

Dan akibat daripada itu…apa yang diketahui berlaku, telah pun berlaku…aku pun malas nak ulas tentang isu 13 mei ni…sensitive…tapi ia cukup untuk mengingatkan rakyat bahawa natijah akibat kekalahan umno…mereka tak dapat dan tak mau menerima erti kekalahan, lalu berlakulah rusuhan kaum…hasilnya mageran di beberapa negeri…padahal,menang atau kalah kan adat pertandingan….

Perbalahan dan rusuhan berlaku sekitar kuala Lumpur…pertentangan terbuka antara melayu dan cina berlaku mengakibatkan lebih 2000 nyawa melayang…puncanya ?? kononnya melayu sudah hilang kekuasaan..!!! melayu sudah terancam….!!! Hanya disebabkan oleh kegagalan umno menang pilihanraya dan ditolak rakyat >>>!!!!! Persoalannya, benarkah dakwaan umno bahawa dengan kalahnya mereka, akan mengancam kestabilan Negara?? Sedangkan bukankah mereka yang memerintah sebelumnya dan rakyat telah melihat mereka gagal dalam agenda pemerintahan mereka…

Rentetan dari itu , Parlimen digantung, dan Negara diperintah oleh Jawatankuasa Operasi Kebangsaan…Dan umno akhirnya kembali memerintah Malaysia pada 1971!!!......secara total….!!! Kali ini atas tiket Barisan Nasional…..hmmmm….mudah bukan….tak payah pilihanraya, hanya dengan permainan yang emosional akhirnya umno kembali berkuasa…

Nah…selepas tragedy berdarah yang merupakan sejarah hitam Negara…barulah umno mengguna pakai memorandum yang dihantar oleh Kongress Ekonomi Bumiputra dahulu…maka diperkenalkanlah Dasar Ekonomi Baru pada 1971….mengambil kira semua tuntutan yang digariskan dalam congress..!!!

Tapi yang peliknya….umno beria-ia claim yang DEB ni dia yang cipta…hahahaha….malahan, cerita sebenar hal ni tak ditulis pula dalam buku2 sejarah untuk diajar di sekolah2…mengakibatkan rakyat dan anak2 kita terus terusan tak tau apa yang sebenarnya berlaku…..tapi aku lebih mengatakan yang memang sebenarnya umno sengaja memanipulasi cerita2 sebenar, dan hanya sejarah2 yang ditulis semula di benarkan untuk ditelan oleh anak2 bangsanya sendiri….

Akibat daripada itu…dapatlah kita lihat hari ini…lahirlah generasi2 yang lemah pemikiran,,tidak kritis…..yang telah didoktrinkan melalui system pendidikan tajaan umno….pantang bagi umno bila rakyat menjadi cerdik….kerana ia akan menyebabkan mereka hilang sokongan nanti…..

Dan apa yang berlaku dulu….cuba diulangi sekali lagi……kita selalu berkata…sejarah itu mengulangi dirinya sendiri….dan sekali lagi atas kegagalan umno melaksanakan apa yang terkandung dalam DEB, rakyat menolak mereka sekali lagi pada 2008….

Dan cubaan untuk menjadikan 2008 sebagai 1969 terus diusahakan oleh umno…rampasan kudeta di perak, yang kononnya orang melayu dalam bahaya…..isu2 perkauman di pulau pinang dan selangor, menampakkan belang sebenar umno……

Nah, terpulang pada rakyat ….umno buat semua itu hanya kerana kalah pilihanraya..!!!! dulu sebelum kalah, kenapa mereka tak nak laksanakan setiap tuntutan rakyat…???

Tapi, tahniah kepada rakyat Malaysia pada hari ini…dengan informasi dihujung jari, nampaknya 1969 tak mungkin berulang lagi…mungkin kalau dulu masa 1969 pun dah ada internet, tragedy berdarah itu tak kan terjadi…!!!

Hmmm…..kalau lah boleh sejarah itu ditukar………..

2 comments:

JAI said...

mak uiii padatnyerr..canggih3 updated blogger terhebat

Si CiLiK© said...

terima kasih... informasi yg berguna....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright @ 2008 Anak Sabak Melawan: Sejarah Kita…. | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top