Macam jugak kalau hari raya jatuh hari jumaat, biasanya lepas solat sunat ‘eidul fitr jarang orang beraya..masing2 tunggu lepas jumm’ah baru pegi beraya…
Kalau suasana hari biasa…masing2 pada hari jumaat ni terkejar2…nak ambik anak balik sekolah lagi, nak ke masjid lagi..nak beli lunch lagi….lain la suasana hari jumaat macam di kelate…cuti…siap bleh bersantai di tengah kota baru sambil dengar kuliyyah tok guru…kan seronok…
Tapi, sejarahnya sambutan maulidur rasul ni pun hanya bermula semasa pemerintahan kerajaan fatimiyah di mesir…dan para ulama juga berbeza pendapat tentang hokum sambutan perayaan ini…ada yang mengharuskan,adapula yang melarangnya…tapi kedua2 pendapat ini banyak bergantung kepada elemen “perkara-perkara bidaah” semasa sambutan tersebut…maknanya walaupun harus hukumnya menyambut maulidur rasul,tapi ia mestilah bebas dari perkara biddah…dan jika terdapat perkara biddaah..maka ia diharamkan….
dan cara mana menyambutnya, iaitu nak berarak ke,nak ceramah ke, nak buat jamuan ke, nak apa ke…asalkan takde elemen yang melanggar syarak, dan juga elemen bidaah, dan juga mematuhi pula usul asal bahawa setiap perkara yang wajib perlu didahulukan berbanding yang lain…maka terpulanglah…nak sambut boleh, tak sambut pun boleh…
kalau nak berarak pun, biarlah tak mengarut…sebab ia perarakan memperingati Rasullullah S.A.W…dan buka perarakan kepala lembu…
Tapi, bila ia jatuh pula hari jumaat, dan kalau terpaksa pulak nak tergesa-gesa nak solat jumm’ah…baik lah tak payah nak berarak…lepas solat nanti pun akan diadakan sambutannya…yang dibatalkan oleh kerajaan pulau pinang tu ialah perarakannya saja…tapi sambutannya diteruskan..malah diisi pula dengan pelbagai macam program2 yang lebih berfaedah…
Tapi dah memang la perangai melayu suka dengki mendengki…kalau satu perkara tu dibuat oleh mana2 puak PR saja, semunya salah..tapi kalau BN buat…wah…sambutan hari valentine yang difatwakan haram tu pun elok senyap je pak2 menteri…
Tapi satu je lah…nah bukti jelas dan nyata pada rakyat khususnya orang2 melayu agar buka mata dan minda….sapa yang suka mempolitikkan agama?? Jawapannya ialah Umno….kalau kau sibuk sangat nak menyambut maulidur rasul dan memperingati nabi..patutnya hari itu perlu diisi dengan pelbagai program berfaedah…
Pesan aku pad umno…tak yah lah nak tunggu maulud nabi baru nak ingat nabi….nak ingat nabi ni, cukup dengan selawat, laksanakan sunnah baginda, ikut cakap nabi, ikut cakap Allah…dan kena buat 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 360 hari setahun ….bukannya dok sibuk bila hari perayaan tu je….hari lain ko pun lupa dah kat nabi…
Wahai umno…buktikan dulu…meh sama-sama kita turun padang pada malam sambutan hari valentine esok kita pi carik anak-anak melayu yang sibuk nak bervalentine yang semua tu adalah bakal-bakal “ibu2 dan bapa2” anak-anak haram yang bakal dilahirkan 9 bulan 10 hari dari tarikh hari valentine tu..kita selamatkan mereka dulu dari terjebak dengan sambutan perayaan haram, syirik dan selamtkan mereka2 ini dari menjadi pembuang2 anak haram…setuju ke umno oooiiii …???
Amacam umno….ada berani ke….tak kot…..sebab korang pun nak dok sibuk sambut sama valentine tu kan…?? Alah macam la orang tak kenal korang….
Oleh itu umno oooiii…tak yah la nak sibuk bercakap pasal Lim Guan Eng nak haramkan sambutan maulidur rasul…tak yah sibuk lah wooiii…orang pun tau ko nak sensasi je…kan….
Alahai…bawak2 la ke masjid wahai umno2 oooiii….dunia nak kiamat dah……
Oleh : Marhaenr
3 comments:
Namun memang setiap kebaikan dan kebangkitan semangat muslimin mestilah ada yang menentangnya, dan hal yang lebih menyakitkan adalah justru penentang itu bukanlah sahaja dari kaum kuffar, tapi lebih kuat dari kalangan muslimin sendiri, mereka tiada menyukai Nabi Mohammad saw dicintai dan dimuliakan (seperti firman Allah swt - akan selawatNya), padahal para sahabah r.a. sangat memuliakan Nabi saw.
Banyak riwayat sahih tentang penghormatan dan pengagungan sahabat pada saw, namun dalam hal ini ditentang oleh kelompok baru diakhir zaman ini. Ini adalah sebab kecetekan pemahaman syariah mereka (ramai juga yang terikut2), dan kebutaan atas ilmu kemurnian tauhid.
Maka jumlah kita sambut kedatangan bulan Kebangkitan Cinta Muslimin pada Nabi saw, Nabi kesayangan kita dengan semangat jihad untuk bersama berperanan dalam dakwa Islamiah.
Jadikan medan ini benar benar sebagai tunjang jihad kita untuk membawa cahaya terang - menerangi wilayah kita, masyarakat kita, surau dan masjid kita, rumah rumah kita.
Wahai muslim dan muslimah, kelompok anti-maulid semakin kuat berusaha menghalangi tegaknya dakwa Islamiah, maka kalian jangan mundur dan mendiamkan diri. Bela Nabimu saw, tunjukkan akidah mu yang suci dan semangat jihad mu.
Bukan mereka sahaja yang memeliki semangat juang dalam mengotori masjid-masjid ahlusunnah dengan caci / fitnah.
Bangkitlah .... bangkitlah, janganlah kamu turuti kesesatan mereka, padahal mereka adalah saudara2 kita, keluarga kita. Bangkitlah untuk mengelokkan keadaan mereka dengan semangat gigih untuk menegakkan kebenaran, mengobati fitnah demi fitnah yang merasukki umat Mohammad..
Bangkitlah para pembela Rasulullah saw.. jadikan 12 Rabiul awwal hari sumpah setiamu pada Nabi Muhammad saw, sumpah cintamu pada Rasulullah saw, sumpah pembelaanmu pada Habibullah Muhammas saw.
Cakap orang munafik...bila maulud nabi sebuk nak ikut berarak tapi perangai, sifat dan akhlak nabi ade korang ikut???..... jenis korang nie lepas berarak maulud nabi wajib pergi disko, main pempuan, mabuk, berjudi bkan aku tak kenal puak-puak umno nie tak payah sembanglaa
kerana fahaman politik berbeza umat islam berpecah belah..itulah orang melayu.melayu tidak semestinya islam.tetapi orang melayu mudah lupa dan sentiasa tidak berdyukur dengan apa yang ada.melayu hanya gah dengan politik yang entah apa-apa bukanya membantu rakyat tapi sibuk menabur fitnah bercakap yang mengarut.kerja satu pun tak dak..Yang menjadi mangsa ialah rakya dan pengundi yang tidak mendapat apa-apa.rakya dan penyokong parti masing masing megeluarkan duit untuk mogok,buar reformasi tetapi duit tu saper yang dapat pemimpin politik jek yang dapat.pikir-pikir lah..tak ada kerja apa nak kita buat merompak la kerja nyer.huhuhu.pilihla pemimpin yang benar-benar buat kerja dan memberi banyak kelebihan kepada kita atau anak-anak kita dimasa hadapan,jangan kerana kita hidup anak-anak kita merana dikemudian hari..kita mungkin sudah tidak ada..wasalam..hidup malaysia
Post a Comment