Kerajaan PR tak reti memerintah…????


Antara isu yang macam takde kesudahan di dalam Negara kita yang tercinta ini ialah projek perumahan terbengkalai…seringkali kita terbaca dalam banyak sekali media massa, hatta dalam akhbar2 tabloid murahan pun kerapkali isu ini dibincangkan..

Ini isu besar sebenarnya..mungkin tak sebesar mana bagi orang2 berada, anak orang kaya, ataupun orang yang berasal dari keturunan berharta, punya tanah berekar2, punya ladang berhektar,punya sawah berelung2….punya kekayaan dalam dan luar negari macam ismet ulam raya…ataupun ia pun bukan isu bagi orang2 yang mengaut kekayaan segera seperti kroni2 dan pemimpin umno…

Namun ini isu yang amat menyakitkan kehidupan rakyat biasa…siapa mereka ini?? Rakyat biasa seperti kita semua…orang yang bekerja hari2 untuk mendapatkan gaji, upah, elaun ataupun sara diri bulanan, mingguan, dan juga harian…pekerja kilang, peniaga, pekerja ladang dan estet, kakitangan awam biasa, cikgu2, kerani, pengawal keselamatan, polis, tentera, pensyarah, hatta pekerja bank yang pegang duit hari2 pun akan merana..

Tapi apa peliknya.>?? ya soalannya kenapa isu ini semakin pelik di Malaysia...

Pembangunan perumahan sebenarnya dikawal oleh kerajaan…seawal proses pertama pemilikan tanah oleh pemaju, juga ketika projek berjalan, termasuklah ketika pemaju ingin menetapkan harga hartanah tersebut, sehinggalah kepada penyerahan kunci kepada pembeli…ia dikawal selia oleh kerajaan dan agensi2 nya yang berkaitan…

Begitu juga bagi pihak pembeli…syarat membeli dan memiliki rumah ataupun hartanah ni pun melibatkan proses yang rumit…dan merupakan antara keputusan paling besar dalam hidup seseorang..kerana ia melibatkan komitmen kewangan yang tinggi dalam tempoh masa yang panjang…

Oleh itu, kalau sebegitu detail dan ketatnya prosedur, kenapa perkara ini boleh juga berlaku..?? hahahaha….ini lah masalahnya dan kepelikan yang ada dalam 1mesia kita ni…maka, wajiblah kita kena mengenal pasti apakah puncanya, dan apakah pula penyelesaiannya..demi untuk mempertahankan hak kita sebagai pembeli…

Mengikut statistic yang ada, dikeluarkan oleh kementerian perumahan dan kerajaan tempatan, kes2 projek terbengkalai melibatkan projek perumahan ini berlaku sejak 1970an lagi…Menurut statistik Kementerian, jumlah projek perumahan terbengkalai setakat Jun 2005 ialah 277 projek yang melibatkan 50,183 pembeli, 75,356 unit rumah dan dianggarkan bernilai RM7.033 bilion.

Sehingga April 2009, Selangor tersenarai sebagai negeri yang paling banyak mempunyai projek perumahan terbengkalai iaitu 39 projek diikuti Johor (32) dan Negeri Sembilan (20).

Maknanya, Kerajaan negeri Pakatan Rakyat mewarisi masalah besar yang ditinggalkan oleh pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang memerintah Selangor selama 50 tahun….

Dan apa punca kepada masalah ini sebenarnya?? Ia melibatkan perangai dan sikap sebenarnya..bila mana seseorang exco yang terlibat dalam proses meluluskan tanah tersebut bagi tujuan pembangunan, dan melibatkan juga pihak pemaju yang berkepentingan…ini lah masalah utama kenapa projek terbengkalai belaku…kesannya, pembeli menanggung rugi…

Weh…bukan sikit jumlah nak kena potong ansuran perumahan ni..dah la interest tinggi…malangnya la hidup bila projek yang dijadualkan siap plak tak siap, pembeli terpaksa menyewa lagi..ansuran rumah tetap saja dipotong dengan tawaduknya oleh bank…sewa rumah tetap juga kena bayar..kalu tak kang jadi cam kassim selamat plak…belanja dapur makin tinggi…anak nak sekolah,,,minyak plak bertambah naik…harga api memanjang nak kena naik…kereta, motor lagi nak bayar…nasib baiklah air free…!!!

Bagi orang2 politik yang berkepentingan yang terlibat, depa peduli apa..?? bila pemaju yang terpilih diberi permit dan lesen untuk membangunkan kawasan itu, mereka akan dibayar komisyen…kalau tak buat camtu kang nanti lesen ditarik, projek dikacau penguatkuasa…kerana pemimpin politik ini semuanya terdiri dari golongan yang berkuasa…contoh..projek di puncak alam dan bukit beruntung…sapa punya..?? itu mike Tyson la…jangan cakap lebeyy..nanti kena tinju…

Pemaju ni pun satu, rumah belum buat lagi dia dah jual…buat model rumah kecik2, print out brochers cantik2, letak kat ekspo2…pembeli plak kena baut pinjaman bank dulu…bila pinjaman dah lulus, bank terus potong..bukan kira projek dah siap ke belum…duit pinjaman yang kita buat dari bank tu tadi bukan dapat kat kita pun, tapi terus dihantar kepada pemaju…

Bila pemaju dah dapat duit…tak lama mereka pun lesap lah…hahaha..pakcik kayooo…

Nasib la..dapat pemaju ok…alhamdulillah…kalau tak…aduhaiiii….

Sampai bila kita nak menanggung masalah ni…???

Jadi, inisiatif besar oleh kerajaan negeri selangor di bawah PR..ingat…dibawah PR…berjaya menyelesaikan masalah ni…5000 rumah terbengkalai seluruh selangor, belum termasuk yang dibuat sendiri olek PKNS sendiri…ni semua jasa dan warisan peninggalan umno….jadi marilah kita sama2 mengenang “JASA” umno ini yang memang “BANYAK SEKALI MEMBELA RAKYAT”……uwweeeekkkkkkkkk……

RM 5 billion dibelanjakan oleh kerajaan negeri PR…ingat ye…PR….untuk selesaikan masalah perumahan terbengkalai seluruh selangor…300 pembeli rumah akan menerima kunci, setelah rumah impian mereka terbengkalai lebih 7 tahun…

Menjelang akhir tahun 2010 ini…dijangkakan kesemua 5000 pembeli akan mendapat kunci2 rumah mereka…sesuatu yang sepatutnya mereka dapat lama dulu…kredit dan tahniah kepada YB Saari Sungib yang mempengerusikan Jawatankuasa Bertindak Khas Perumahan terbengkalai, MB selangor dan seluruh pengerak dan kepimpinan kerajaan negeri PR yang terus menerus berusaha memartabatkan hak rakyat dalam negeri selangor ini…

Hmmmm….nak harap pemimpin umno…yang depa tau ialah, JANJI MANIS….mari PRU..janji manis lagi….selesainya ntah bila….

Tapi satu je la..padan la umno buat kecoh sangat sekarang ni…sebab rakyat dah tau siapa Juara Rakyat dan siapa pula penyamun hak rakyat….sapa yang tak reti memerintah sekarang ni…?? Rakyat nilailah sendiri…………..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright @ 2008 Anak Sabak Melawan: Kerajaan PR tak reti memerintah…???? | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top