Bila SPR Sudah Jadi Cawangan UMNO


SPR sudahpun mengumunkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi DUN Penanti, pengumuman yang dilakukan selepas mesyuarat agung MT Umno sama modus operandi ketika PRK Bukit Gantang. Dilakukan selepas pemilihan agung Umno baru-baru ini, alasan yang sama diberikan oleh Pengerusi SPR Abdul Aziz mengatakan tidak ada kena mengena dengan Mesyuarat MT tersebut, nampaknya UMNO sudah berjaya mewujudkan cawangannya dalam SPR setiap keputusan SPR mesti datang dari pucuk kepimpinan Umno.

Pengerusi SPR adalah ketua cawangan Umno sahaja hanya menunggu arahan ibarat babi dicucuk hidung. Peraturan melarang pondok panas dan perayu undi pada hari pengundian adalah salah satu cara mengalahkan PR, setelah 4 kekalahan PRK SPR dan Umno tidak mampu melawan taktik yang digunakan oleh PR. Alasan yang diberikan iaitu supaya keadaan menjadi aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas adalah alasan bacul, selama 5 PRK yang dilakuan adakah kes perayu-perayu undi mengacau pengundi yang hendak mengundi, adakah lalulintas takkan sesak jika tiada perayu undi semestinya jalan akan sesak juga kerana ramai pengundi yang datang untuk mengundi.

Sebenarnya inilah yang berlaku bila mana Umno tidak dapat menerima kekalahan, walaupun semua jentera digunakan untuk menipu dalam PRK tetapi mereka tetap kalah juga, mungkin sudah tertulis di dahi pemimpin Umno perkataan 'kalah, sial yang takkan hilang sampai bila-bilapun sama seperti slogan takbur mereka 'Umno Sial Dulu, Kini Dan Selamanya.
SPR sepatutnya ditukar 'Suruhanjaya Penipu Rakyat'

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright @ 2008 Anak Sabak Melawan: Bila SPR Sudah Jadi Cawangan UMNO | Original Template: Wordpress Themes | Modified By iEn | Resolution: 1024x768 | Best View: Firefox | Top